Terma & Syarat

Terma dan syarat berikut dicadangkan untuk diguna pakai bagi kedua-dua pertandingan:

  1. Pertandingan terbuka kepada peserta yang memenuhi syarat kelayakan kedua-dua pertandingan, tertakluk kepada ketetapan akhir pihak penganjur.
  2. Setiap penyertaan mestilah hasil karya asli peserta dan tidak boleh diciplak atau disalin daripada pencipta kandungan lain.
  3. Setiap peserta dibenarkan menghantar satu penyertaan bagi setiap kategori pertandingan.
  4. Semua penyertaan mestilah berdasarkan salah satu topik SRH yang disediakan oleh pihak penganjur.
  5. Kandungan mestilah bersesuaian dengan kumpulan sasaran remaja dan golongan muda, serta tidak mengandungi maklumat kesihatan yang mengelirukan, stereotaip yang memudaratkan atau kandungan yang melanggar privasi individu lain.
  6. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan yang tidak mematuhi garis panduan pertandingan.
  7. Semua penyertaan akan dinilai berdasarkan kriteria dan wajaran (weightage) yang telah ditetapkan.
  8. Seramai tiga orang pemenang akan dipilih bagi setiap negeri untuk setiap kategori pertandingan, tertakluk kepada pengesahan akhir pihak penganjur.
  9. Pemenang akan menerima hadiah wang bernilai RM300, RM200 dan RM100 melalui Touch ‘n Go eWallet, tertakluk kepada proses pengesahan dan pengagihan hadiah oleh pihak penganjur.
  10. Tarikh tutup penyertaan, tarikh penilaian, tarikh pengumuman pemenang dan kebenaran penggunaan kandungan akan dimaklumkan oleh pihak penganjur.